Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, May 25, 2012

Ayam Panggang Lemon - Rosemary

Assalamualaikum..
kembali bersiaran di blog sendiri setelah anak pun dah hampir 3 bulan minggu depan :) alhamdulillah.. pengalaman baru untuk hidup dengan orang baru :)

sebelum habis tempoh berpantang haritu, suami ada request saya buatkan ayam panggang lemon-rosemary bila saya dah betul2 sihat nanti. jadi, lepas habis berpantang dan rasa dah kuat sikit, saya pun tunaikanlah permintaannya tu.. alhamdulillah.. lega rasa dapat tunaikan permintaannya :) lagi pun nak sediakan resipi ni senang aje.. perap dan bakar.. senang :)

ayam panggang lemon-rosemary ni dah jadi kegemaran family wani lah pula. so, memang tak akan serik nak buat banyak kali (in fact, dah buat 5 kali kot).

resipi ni asalnya dari Jamie Oliver. tapi wani ubah cara penyediaannya - perap. ok, jom tengok resipi versi wani! :)


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (lebih kurang 1kg+)
  • garam dan serbuk lada hitam
  • 1kg kentang
  • 1 biji lemon
  • bawang putih
  • herba Thyme
  • olive oil
  • herba rosemary
Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan generous amount of garam dan serbuk lada hitam selama at least 3 jam. Lebih sedap diperap sehari semalam :) Perap dalam peti sejuk.
  2. sediakan periuk berisi air dan sedikit garam. Rebus kentang, lemon dan bawang putih sehingga kentang hampir empuk.
  3. Panaskan oven 190C selama 20 minit.
  4. Keluarkan ayam dari peti sejuk. Guna kitchen tissue untuk lap lebihan air pada ayam. Ketepikan sebentar.
  5. Tapis rebusan. biarkan selama 1 minit.
  6. Ambil bawang putih yang telah direbus tadi, tumbuk sedikit guna lesung batu. Masukkan herba kering rosemary dan thyme serta minyak zaitun. Lenyekkan dan sapu rata pada bahagian luar dan dalam ayam.
  7. Ambil lemon dan cucuk-cucukkan dengan pisau (supaya jus lemon keluar semasa membakar ayam). Sumbatkan lemon yang dicucuk tadi ke dalam ayam.
  8. Taburkan kentang yang telah direbus ke atas loyang. Letakkan ayam di bahagian tengah.
  9. Bakar ayam selama 45 minit. Keluarkan loyang sebentar. Alihkan ayam ketepi, gaul rata kentang dengan jus hasil dari ayam yang dibakar.
  10. Masukkan kembali ayam (kali ini terbalikkan ayam) ke dalam loyang, bakar selama lebih kurang 45 minit.
  11. Setelah masak, hidangkan sebagai menu utama atau menu ratah-ratah! :)

selamat mencuba ^_^

oh ya, ini kali pertama (kalau tak silap) wani cuba resipi ni:

ayam panggang + steamed buttered cauliflower n broccoli 

No comments: